TEMPAT TUMPUAN UTAMA PANTAI SIRING SIRING BEACH Pantai ini terletak di Merlimau, dalam Daerah Jasin, pantai ini juga mempunyai pemandangan yang sangat cantik terutamanya untuk menyaksikan matahari terbenam. Terdapat juga banyak kedai makan di kawasan ini yang menyediakan pelbagai hidangan makanan laut segar termasuk ikan bakar dan asam pedas. Lebih menarik lagi, terdapat sebuah jeti di kawasan ini yang merupakan pintu masuk untuk ke Pulau Besar dan beberapa pulau lain di sekelilingnya yang dikenali sebagai antara 'port' memancing terbaik di Melaka. Jadi kepada kaki pancing dan peminat makanan laut yang segar, sekiranya anda berkunjung ke Melaka, pastikan Pantai Siring tersenarai dalam tentatif perjalanan anda. #TourismMelaka #FabulousMelaka #MehMelaka #KasikJammedMelaka #VisitMalaysia2020 LAIN-LAIN : Kayak Flying Fox Kereta Lembu Hasil Laut Fresh Celup Tepung Termantop!!! Ikan Bakar Fresh Pak Atan & Roti Kukus Pandan Juicy